Apa yang lelaki mahu ?

Hai , hari ni Aten nak kongsi sikit tentang "Apa yang lelaki mahu ?" . Aten ada terjumpa satu article ni , so tak salah kan kalau Aten nak kongsi dengan gadis-2 kat luar sana yang buntu apa yang lelaki mahukan sebenarnya :) Act manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia . Tapi , kita boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagiaan dapat dinikmati bersama . Apa sebenarnya yang kita harus lakukan untuk menambat hati lelaki ? jeng jeng jeng ~

TERIMA LELAKI SEADANYA
-Terimalah lelaki seadanya . Jangan sesekali kita mencuba untuk mengubah lelaki seperti mana yang kita inginkan . Kalau perubahan itu menjurus ke arah kebaikan takpe jangan untuk kepentingan diri sendiri . Lelaki mungkin akan menjadi insan lain dan bukan dirinya yang sebenar . Fahamilah lelaki agar mereka memahami kita . Fahamilah diri lelaki sebelum anda cuba mengubahnya :) Jangan cepat membuat ANDAIAN atau TANGGAPAN bahawa ianya tidak sesuai dengan kita selagi kita belum betul-betul mengenali dirinya . OK ? hee

SANGGUP MEMBERI UNTUK MENERIMA 
-Jika kita mahu lelaki menerima kita dengan hati yang terbuka , paling penting adalah kita sebagai perempuan sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang kita terima daripada lelaki . Dengan cara tu , kita mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup kita beri . Faham ? OK bagus . haha seterusnya ~

PERCAYA UNTUK DIPERCAYAI
-Untuk membuatkan seseorang lelaki itu mempercayai diri kita , sebaiknya kita percayai dirinya terlebih dahulu . Ibarat kata , meminta pada yang ada , merayu pada yang sudi dan memujuk pada yang sayang . Untuk membuatkan seseorang itu mempercayai kita bukanlah satu kerja yang mudah begitu juga membuatkan orang tidak mempercayai kita bukanlah payah . Jika seseorang lelaki sudah tidak percayakan kita , amat sukar pula untuk untuk dia mengubah pendiriannya .

Sooo girls ? what do you think . Hahah Article ni Aten ada baca kat majalah . Bagi yang rasa article ni macam betul dan rasa macam nak cuba .... Selamat mencuba ! semoga berjaya ;D 

-NurFatinAdilah-