No Tittle

I HATE THIS MUCH ! -.-

Puisi

KALAU CINTA

Kalau kau cinta
Katakanlah cinta
Biar aku
Tak ternanti-nanti
Dalam mencari jawapan
Yang penuh pasti

Kehidupan
Di antara kita
Biar ceria dan
Penuh bahagia
Dengan rahmatnya ilahi
Kekal berpanjangan

Kalau kau cinta
Kuntumkanlah senyuman
Biar aku mengerti nanti
Ketulusan hatimu
Untuk kubawa dalam
Tidurku
Menganyam mimpi penuh indah 

-Fatin-

-NurFatinAdilah-

Apa yang lelaki mahu ?

Hai , hari ni Aten nak kongsi sikit tentang "Apa yang lelaki mahu ?" . Aten ada terjumpa satu article ni , so tak salah kan kalau Aten nak kongsi dengan gadis-2 kat luar sana yang buntu apa yang lelaki mahukan sebenarnya :) Act manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia . Tapi , kita boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagiaan dapat dinikmati bersama . Apa sebenarnya yang kita harus lakukan untuk menambat hati lelaki ? jeng jeng jeng ~

TERIMA LELAKI SEADANYA
-Terimalah lelaki seadanya . Jangan sesekali kita mencuba untuk mengubah lelaki seperti mana yang kita inginkan . Kalau perubahan itu menjurus ke arah kebaikan takpe jangan untuk kepentingan diri sendiri . Lelaki mungkin akan menjadi insan lain dan bukan dirinya yang sebenar . Fahamilah lelaki agar mereka memahami kita . Fahamilah diri lelaki sebelum anda cuba mengubahnya :) Jangan cepat membuat ANDAIAN atau TANGGAPAN bahawa ianya tidak sesuai dengan kita selagi kita belum betul-betul mengenali dirinya . OK ? hee

SANGGUP MEMBERI UNTUK MENERIMA 
-Jika kita mahu lelaki menerima kita dengan hati yang terbuka , paling penting adalah kita sebagai perempuan sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang kita terima daripada lelaki . Dengan cara tu , kita mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup kita beri . Faham ? OK bagus . haha seterusnya ~

PERCAYA UNTUK DIPERCAYAI
-Untuk membuatkan seseorang lelaki itu mempercayai diri kita , sebaiknya kita percayai dirinya terlebih dahulu . Ibarat kata , meminta pada yang ada , merayu pada yang sudi dan memujuk pada yang sayang . Untuk membuatkan seseorang itu mempercayai kita bukanlah satu kerja yang mudah begitu juga membuatkan orang tidak mempercayai kita bukanlah payah . Jika seseorang lelaki sudah tidak percayakan kita , amat sukar pula untuk untuk dia mengubah pendiriannya .

Sooo girls ? what do you think . Hahah Article ni Aten ada baca kat majalah . Bagi yang rasa article ni macam betul dan rasa macam nak cuba .... Selamat mencuba ! semoga berjaya ;D 

-NurFatinAdilah-


Malam

Hai selamat malam semua . Apa yang korang buat malam-malam macam ni ? Sekarang ni jam dah menunjukkan tepat 1 . 20 A.M . Aten baru je siap buat homework PA . Act em tipu je , masih belum siap lah :p Haha banyak lagii tau , banyak sangat :( sakit dah pinggang dan tengkuk saya ni , hukhuk :p Sekarang ni homework Aten simpan dulu , now focus to facebook , twitter and blogger ;D Emm tapi kan , focus-focus pun tetap tepu tau . Tiga-2 laman sosial ni sunyi xD

Sooooooooooo , What do you wish for at night ? Tadi teha kata dia nak tidur dengan Aten , Haha lol . Kalau Aten , Em I hope he'll call me up in the morning . Haha forget it , mybe dia dah tidur sebab dia tak text Aten langsung, 3 hari dah woi xD So yang ada gf/bf yang korang nak malam ni mesti wish goodnight dari gf/bf korang right ? Ayat manishhh baru terlena tidurrnyaa :p kahkahkah . 

Korang malam-malam macam ni menyirap tak kalau orang hantar link kat chat konon suruh like gambar . Tapi bila buka keluar gambar hantu :O Aten baru je kene tadi ! Bikhram jahat tauuuuuu :( Tokojott siut , nasib baik tak ada sakit jantung . Kalau tak Aten dah mati dah . Tak sempat nak publish entry yang ni . Hahah takpe takpe . Ade ubi ade batas , ada hari Aten balas ye Bikhram ye ? -.- me hate you so much , grr

Okayy dah . Tengkuk dah sakit nii , pinggang punn :( Terima kasih sebab sudi baca entry Aten yang annoying malam ni , hehe Terima kasih juga bagi yang selalu singgah blog Aten yang tak seberapa ni okay ? hukhuk :p Selamat Malam semua , mimpi indah ye ? Basuh kaki , cuci muka . Baca doa sebelum tidur tau ? Assallammualaikum :)

-NurFatinAdilah-

Sabtu

Sabtu , 19 . 01 . 2013 , Pagi ni kalau tak Aten ada latihan athlete merentas desa peringkat daerah (MSSD) . Tapi cuaca tak mengizinkan untuk Aten hadir latihan tu . Cuaca lebih mengizin untuk saya terus sambung tidur . zZzZzZZz . hahah , tidur punya tidur punya tidur .... Bangun tidur je dah pukul 1 tengah hari :O tapi knapa kat bilik Aten rasa macam masih malam ? Oh lupaa katil 2tingkat . haha Then after bangun dari tidur je terus pergi bilik air cuci muka , gosok gigi je . Mandi belum lagiii , sejuk lah nak mandi :p 

Lepas gosok gigi , cuci muka ...... Macam biasa lah kan , Aten terus on lappy onl facebook dan twitter . Ni lagi sekali tak sedar , haiss dah pukul 3 ! Aza dengan Ummu dah terpacak dah kat rumah Aten . haha lupa pulak Aten ade ajak dorang study . Eh ! Alamak ! :O "Aten belum mandi lagi" . Ha ha lintang pukang mandii , siap-2 then terus study . Act nasib baik dia orang datang tau . Kalau tak , hm tepu lah jawabnya aku kat rumah nii . Dah lah hujan tak benti benti . Malam ni isma ajak datang rumah Luqman , ade BBQ ... Alaa segannya nak datang weh :/ haih haih haih

Hm Aten rindu :( Rindu siapa ? haha Aten rindu kan someone tau . huhak :p Rindu kan mr.new dalam hati kita . Until now , setiap masa tunggu text dari dia . Cuma dia je tak text Aten sbb busy study . haha Aten tanak start text sebab takut ganggu dia . Kalau dia yang start so bermakna dia tak busy lah kan . Taktahu lah kenapa , but every time , every day i think about him :/ Kalau dia baca entry nii , argh saya harap awak terasa okay ;D 

-NurFatinAdilah-

Campur-Campur

KELUARGA? Keluarga lah separuh dari hidup kita . Mereka semua selalu jadi yang UTAMA untuk kita . Kadang-kadang pelik tengok manusia yang terlalu pentingkan orang asing daripada keluarga sendiri . Adakah orang asing itu lebih penting ? Kenapa perlu dianggap macam itu ? Orang asing itu akan ada disisi awak ke bila awak berada dalam kesusahan . Awak pasti orang asing itu sentiasa ada untuk awak ? Haha mungkin hanya sementara dan mungkin hanya bila awak dalam keadaan senang bukan susah . Renung-renungkan :) Bye

KAWAN ? kawan ni special . Emm mereka sentiasa ada waktu kite sedih/gembira atau susah/senang   . Korang sayang kawan korang tak ? Kalau sayangg sep sikit (y) Tak rugi kalau kita sayang kawan-kawan kita :) Tapi ingat , jangan salah pilih kawan atau percaya pada kawan yang SALAH . Sekarang ni ramai juga manusia yang suka jadi "KAWAN MAKAN KAWAN" right ? Apa yang seronoknya bila jadi kawan makan kawan nii ? Hm orang yang suka jadi macam itu sahaja yang tahu sama ada ianya seronok atau tak . Bye

CINTA ? Cinta pada usia muda ? Tidak digalakkan sebenarnya . Tapi nak buat macam mana kan ... Remaja zaman sekarang ada yang takboleh kalau takde gf/bf :p Tak sempurna katanya . hukhekhukhek Hm Aten nak jadi USTAZAH ni pun tak boleh . Sebab ? sebab Aten pun pernah couple , kuikui . Now searching for new bf :p kahkahkah poyo habis ! "I'M FALLIN LOVE" Siapa yang Aten fallin love kan ni ? haha nanti korang tahu lah eh , for sure dia sangat baik , sangat memahami diri SAYA ^^ Bye

-NurFatinAdilahMasjani-



Cerita

Cerita ? cerita tentang ape ? Cerita tentang putus cinta . Cinta ke ? Atau persahabatan ....Cerita tentang dua insan yang bercinta semasa alam persekolahan . Cinta yang dipanggil sebagai "Cinta Monyet" yang telah dianggap serius . Tetapi , cinta yang dianggap serius ni tidak berpanjangann . Akhirnya mereka putus . Saling membenci dan saling melupakan antara satu sama lain . Macam mana mereka putus ? Macam ni ceritanya.....

Mereka mula berkenalan sejak LELAKI dapat number telefon PEREPMUAN daripada abangnya . LELAKI mula menghantar pesanan ringkas kepada PEREMPUAN . Selepas beberapa hari emmm mungkin hampir sebulan mereka berkenalan ...LELAKI mula menyatakan perasaan .PEREMPUAN juga turut menyatakan perasaan dan bermula lah kisah cinta mereka pada 3/12/2010 ...Permulaan cinta mereka bermula dengan baik . Mereka mula cuba untuk saling memahami antara satu sama lain . Semakin hari semakin baik  dan semakin sayang . Selepas beberapa bulan mereka mula bergaduh , sering bergaduh .  

Macam macam perkara dia orang gaduh . Normal couple kan . Mesti ada je yang tak kena . Tapiiiiii , even mereka selalu gaduh . PEREMPUAN tidak pernah sekali pun hilang sayang terhadap LELAKI dan lupa tentang tarikh keramat mereka . Setiap bulan PEREMPUAN akan wish anniversarry kat LELAKI . Kadang-kadang LELAKI tak wish pun . Sebab LELAKI cuma menganggap tarikh yang penting , wish tak penting sangat .....PEREMPUAN kadang kadang kecil hati tetapi PEREMPUAN tak kesah sangat asalkan dia sentiasa ingat tarikh tersebut .

Pejam celik pejam celik . Eh ? Mereka hampir 1tahun dahh . Dan bila hampir 1tahun , mereka lebih kerap bergaduh . Itulah dugaan mereka , sering bertengkar . Tak sehaluan fikiran dan perasaan mereka . Dan akhirnya LELAKI mula bosan dengan PEREMPUAN .LELAKI mula menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungannya dengan PEREMPUAN . Dan disitu juga lah PEREMPUAN mula ada sedikit perasaan benci terhadap LELAKI kerana ada 1perkataan yang membuatkan diri PEREMPUAN terasa dihina oleh LELAKI . 

Lama kelamaan , LELAKI mula mencari PEREMPUAN semula . Si PEREMPUAN menerima Si LELAKI semula , tetapi sekejap mereka couple sekejap mereka putus . Semasa mereka putus hubungan .  PEREMPUAN berkawan dengan DIA . Cuma berkawan dan tak ada perasaan sebabnya DIA itu sudah mempunyai teman wanita . LELAKI minta untuk menjalinkan hubungan semula dan berjanji untuk membahagiakan PEREMPUAN . PEREMPUAN menerima LELAKI semula walaupun hati masih sakit ... PEREMPUAN mula berhenti berkawan dengan DIA kerana ingin menjaga perasaan LELAKI . 

Sampai satu malam , kawan LELAKI memberitahu yang PEREMPUAN pernah lepak bersama DIA . DIA tu adalah rakan sekelas LELAKI . LELAKI mula MENANGIS ! MENGAMOK ! LELAKI sujud dikaki PEREMPUAN dengan menanyakan mengapa PEREMPUAN melakukan perkara seperti ini . PEREMPUAN ada rasa menyesal tetapi sedikit pun tidak menangis kerana baginya itulah balasan terhadap LELAKI kerana menghinanya . Setelah perkara ni telah selesai , mereka mula menjalinkan hubungan dengan bahagia :)

LELAKI mula berubah , perangainya yang panas baran berubah menjadi seorang yang penyayang :) PEREMPUAN menjadi semakin sayang , sayang dan terlalu sayang pada LELAKI kerana sikap LELAKI yang mula berubah menjadi semakin baik . Mereka melalui hari mereka dengan gembira ;D PEREMPUAN dilayan seperti budak kecil dan sepeti permaisuri . Hari yang dilalui begitu indah bagi PEREMPUAN . Tetapi ...... seperti biasa apabila mereka hampir 2tahun menjalinkan hubungan mereka mula bergaduh , sering bergaduh seperti semasa mereka hampir 1tahun .

Apabila mereka sering bergaduh , 1bulan mereka tak berjumpa , dan tak selalu bertegur . Sampai satu masa , PEREMPUAN meminta untuk memutuskan hubungan dengan niat PEREMPUAN tidak mahu menyakiti hati dan perasaan LELAKI lagi . Tetapi LELAKI tidak faham PEREMPUAN . LELAKI menghina PEREMPUAN buat kali ke-2 . PEREMPUAN kecewa dan mula tertutup pintu hatinya untuk menerima LELAKI semula . Terputus lah hubungan mereka pada 15/11/2012 ... Hampir sebulan mereka putus , LELAKI meminta untuk menyambung semula hubungan mereka , tetapi ... PEREMPUAN tetap tidak mahu meneruskan kerana hatinya betul-betul terluka dengan sikap LELAKI . 

LELAKI berusaha untuk menawan hati PEREMPUAN semula tetapi LELAKI gagal . Usahanya untuk mendapatkan PEREMPUAN baginya hanya sia-sia kerana PEREMPUAN hanya mahu berkawan dan tidak mahu meneruskan lagi hubungan mereka yang telah jadi kenangan buat LELAKI dan PEREMPUAN . LELAKI putus asa dan berhasrat untuk melupakan PEREMPUAN, PEREMPUAN juga buat perkara yang sama... LELAKI mula menganggap PEREMPUAN sebagai musuhnya tetapi PEREMPUAN tetap anggap LELAKI sebagai kawannya .... Dan seperti ini sahaja lah kisah cinta mereka . Mereka sekarang sudah memulakan hidup seharian mereka sendiri ... 


Inilah kisah kami Nur Fatin Adilah Binti Masjani dan Mohd Hidhir Bin Sabran :') Segala kenangan akan terus menjadi kenangan ........ 

Look at our annoying face ! haha
Makan kat City Delight dengan Hidhir , Shami , Fad and Wani Acim 

Have a great holiday with Hidhir and My Family ;D
At Tanjung Sepang .

 Netball tournament .
 Waktu ni Hidhir semangat jadi cheersleader Aten . haha

Tengah jalan jalan naik fixie baru kuh ! haha

And nowwwww , tiba masanya untuk Aten lupakan semua tentang Hidhir . SEMUANYA :) 
Goodbye dear , super awesome Ex Boyfriend :')