Cerita

Cerita ? cerita tentang ape ? Cerita tentang putus cinta . Cinta ke ? Atau persahabatan ....Cerita tentang dua insan yang bercinta semasa alam persekolahan . Cinta yang dipanggil sebagai "Cinta Monyet" yang telah dianggap serius . Tetapi , cinta yang dianggap serius ni tidak berpanjangann . Akhirnya mereka putus . Saling membenci dan saling melupakan antara satu sama lain . Macam mana mereka putus ? Macam ni ceritanya.....

Mereka mula berkenalan sejak LELAKI dapat number telefon PEREPMUAN daripada abangnya . LELAKI mula menghantar pesanan ringkas kepada PEREMPUAN . Selepas beberapa hari emmm mungkin hampir sebulan mereka berkenalan ...LELAKI mula menyatakan perasaan .PEREMPUAN juga turut menyatakan perasaan dan bermula lah kisah cinta mereka pada 3/12/2010 ...Permulaan cinta mereka bermula dengan baik . Mereka mula cuba untuk saling memahami antara satu sama lain . Semakin hari semakin baik  dan semakin sayang . Selepas beberapa bulan mereka mula bergaduh , sering bergaduh .  

Macam macam perkara dia orang gaduh . Normal couple kan . Mesti ada je yang tak kena . Tapiiiiii , even mereka selalu gaduh . PEREMPUAN tidak pernah sekali pun hilang sayang terhadap LELAKI dan lupa tentang tarikh keramat mereka . Setiap bulan PEREMPUAN akan wish anniversarry kat LELAKI . Kadang-kadang LELAKI tak wish pun . Sebab LELAKI cuma menganggap tarikh yang penting , wish tak penting sangat .....PEREMPUAN kadang kadang kecil hati tetapi PEREMPUAN tak kesah sangat asalkan dia sentiasa ingat tarikh tersebut .

Pejam celik pejam celik . Eh ? Mereka hampir 1tahun dahh . Dan bila hampir 1tahun , mereka lebih kerap bergaduh . Itulah dugaan mereka , sering bertengkar . Tak sehaluan fikiran dan perasaan mereka . Dan akhirnya LELAKI mula bosan dengan PEREMPUAN .LELAKI mula menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungannya dengan PEREMPUAN . Dan disitu juga lah PEREMPUAN mula ada sedikit perasaan benci terhadap LELAKI kerana ada 1perkataan yang membuatkan diri PEREMPUAN terasa dihina oleh LELAKI . 

Lama kelamaan , LELAKI mula mencari PEREMPUAN semula . Si PEREMPUAN menerima Si LELAKI semula , tetapi sekejap mereka couple sekejap mereka putus . Semasa mereka putus hubungan .  PEREMPUAN berkawan dengan DIA . Cuma berkawan dan tak ada perasaan sebabnya DIA itu sudah mempunyai teman wanita . LELAKI minta untuk menjalinkan hubungan semula dan berjanji untuk membahagiakan PEREMPUAN . PEREMPUAN menerima LELAKI semula walaupun hati masih sakit ... PEREMPUAN mula berhenti berkawan dengan DIA kerana ingin menjaga perasaan LELAKI . 

Sampai satu malam , kawan LELAKI memberitahu yang PEREMPUAN pernah lepak bersama DIA . DIA tu adalah rakan sekelas LELAKI . LELAKI mula MENANGIS ! MENGAMOK ! LELAKI sujud dikaki PEREMPUAN dengan menanyakan mengapa PEREMPUAN melakukan perkara seperti ini . PEREMPUAN ada rasa menyesal tetapi sedikit pun tidak menangis kerana baginya itulah balasan terhadap LELAKI kerana menghinanya . Setelah perkara ni telah selesai , mereka mula menjalinkan hubungan dengan bahagia :)

LELAKI mula berubah , perangainya yang panas baran berubah menjadi seorang yang penyayang :) PEREMPUAN menjadi semakin sayang , sayang dan terlalu sayang pada LELAKI kerana sikap LELAKI yang mula berubah menjadi semakin baik . Mereka melalui hari mereka dengan gembira ;D PEREMPUAN dilayan seperti budak kecil dan sepeti permaisuri . Hari yang dilalui begitu indah bagi PEREMPUAN . Tetapi ...... seperti biasa apabila mereka hampir 2tahun menjalinkan hubungan mereka mula bergaduh , sering bergaduh seperti semasa mereka hampir 1tahun .

Apabila mereka sering bergaduh , 1bulan mereka tak berjumpa , dan tak selalu bertegur . Sampai satu masa , PEREMPUAN meminta untuk memutuskan hubungan dengan niat PEREMPUAN tidak mahu menyakiti hati dan perasaan LELAKI lagi . Tetapi LELAKI tidak faham PEREMPUAN . LELAKI menghina PEREMPUAN buat kali ke-2 . PEREMPUAN kecewa dan mula tertutup pintu hatinya untuk menerima LELAKI semula . Terputus lah hubungan mereka pada 15/11/2012 ... Hampir sebulan mereka putus , LELAKI meminta untuk menyambung semula hubungan mereka , tetapi ... PEREMPUAN tetap tidak mahu meneruskan kerana hatinya betul-betul terluka dengan sikap LELAKI . 

LELAKI berusaha untuk menawan hati PEREMPUAN semula tetapi LELAKI gagal . Usahanya untuk mendapatkan PEREMPUAN baginya hanya sia-sia kerana PEREMPUAN hanya mahu berkawan dan tidak mahu meneruskan lagi hubungan mereka yang telah jadi kenangan buat LELAKI dan PEREMPUAN . LELAKI putus asa dan berhasrat untuk melupakan PEREMPUAN, PEREMPUAN juga buat perkara yang sama... LELAKI mula menganggap PEREMPUAN sebagai musuhnya tetapi PEREMPUAN tetap anggap LELAKI sebagai kawannya .... Dan seperti ini sahaja lah kisah cinta mereka . Mereka sekarang sudah memulakan hidup seharian mereka sendiri ... 


Inilah kisah kami Nur Fatin Adilah Binti Masjani dan Mohd Hidhir Bin Sabran :') Segala kenangan akan terus menjadi kenangan ........ 

Look at our annoying face ! haha
Makan kat City Delight dengan Hidhir , Shami , Fad and Wani Acim 

Have a great holiday with Hidhir and My Family ;D
At Tanjung Sepang .

 Netball tournament .
 Waktu ni Hidhir semangat jadi cheersleader Aten . haha

Tengah jalan jalan naik fixie baru kuh ! haha

And nowwwww , tiba masanya untuk Aten lupakan semua tentang Hidhir . SEMUANYA :) 
Goodbye dear , super awesome Ex Boyfriend :')